 
 
                                                                    " Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib                      ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas                      umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang                      bertakwa." 
                   Surah Al Baqarah, ayat 183
                                        
                                                                                                       Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan                        oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah,                        yang bermaksud:
                       
                                                             "Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan                      yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa                      padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu                      Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala                      syaitan......."                                                                                     
                                                            
                   PENGERTIAN PUASA 
                   | Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan                          dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai                          terbit fajar hinggalah terbenam matahari. PUASA WAJIB Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar. PUASA SUNAT Puasa enam hari pada bulan Syawal                        Puasa hari Arafah                        Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam                        Puasa bulan Syaaban                        Puasa Isnin dan Khamis                        Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan                          qamaria (tahun Hijrah) PUASA MAKRUH Puasa yang terus menerus sepanjang masa                        Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq PUASA HARAM Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri                        Puasa pada hari raya pertama Haji                        Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq                          iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah. SYARAT WAJIB PUASA Berakal                        Akhir Baligh (Cukup umur)                        Kuat atau mampu mengerjakan puasa SYARAT SAH PUASA Islam                        Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)                        Suci daripada haid dan nifas                        Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa. RUKUN PUASA Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah                          berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa                          pada hari esok.                        Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak                          terbit fajar sampai terbenam matahari. PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA Makan dan minum dengan sengaja                        Muntah dengan sengaja                        Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan                          Ramadhan                        Keluar darah haid atau nifas                        Gila                        Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi                          keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa. ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA Orang yang sakit                        Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52                          batu atau 80.64 km.                        Orang tua yang sudah lemah                        Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak. | 
 
0 Comments:
Post a Comment